Dunia

100 doktor Israel tandatangan petisyen bom semua hospital di Gaza

Surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu menyatakan adalah wajar bagi mengebom hospital kerana penduduk Gaza membiarkan ia dijadikan sarang pengganas

TEL AVIV 7 Nov – Kira-kira 100 doktor Israel telah menandatangani surat terbuka menyeru tentera mengebom hospital di Genting Gaza dengan menuduh ia adalah infrastruktur yang digunakan pejuang Hamas.

Surat yang ditulis dalam bahasa Ibrani itu menyatakan adalah wajar bagi mengebom hospital kerana penduduk Gaza membiarkan ia dijadikan sarang pengganas.

Isi kandungan surat itu juga menyatakan bahawa adalah menjadi kewajipan pihak tentera menyasarkan hospital di seluruh Gaza.

“Merekalah (penduduk Gaza) yang membawa kemusnahan ke atas diri mereka sendiri,” menurut isi kandungan tersebut. – Agensi

Artikel Berkaitan

Back to top button