Santai

1,000 Pelanggan Setia Dipilih Sebagai Perasmi BGM Burgerman Setapak Sabtu Ini

Operator Restoran Makanan Segera Bertaraf Tempatan, BGM Burgerman bakal mencipta sejarah dengan menganjurkan majlis perasmian pembukaan premis paling unik di Malaysia apabila 1,000 orang pelanggan dipilih sebagai perasmi cawangan terbaharu mereka di Setapak.

Majlis perasmian pertama seumpamanya di Malaysia itu akan berlangsung pada hari Sabtu, 31 Januari ini, jam 10 pagi premis BGM Burgerman Setapak di alamat Tingkat Bawah, No. 2 Jalan Suria Setapak, Taman Suria Setapak, Kuala Lumpur.

Menurut Pengasas BGM Burgerman, Nordin Mat, idea perasmian oleh seribu orang pelanggan itu tercetus bagi memberi penghargaan dan pengalaman baharu kepada rakyat biasa selain untuk menanam rasa bangga terhadap jenama tempatan.

Berbeza dengan konsep ‘grand opening’ biasa yang dirasmikan oleh seorang Tetamu Kenamaan atau VIP, BGM Burgerman tampil dengan konsep “Perasmian Oleh Rakyat”, di mana setiap pelanggan jemputan akan menjadi sebahagian daripada sejarah pembukaan premisnya.

Bakal memberikan pengalaman majlis perasmian istimewa kepada pelanggannya, pengurusan BGM Burgerman, pelanggan yang hadir akan berpeluang memotong riben seorang demi seorang, bergambar kenangan sebagai perasmi dan menandatangani ‘Wall of Appreciation’ sebagai simbol sokongan komuniti.

“Majlis perasmian ini menyasarkan kehadiran seribu orang perasmi, menjadikannya antara perasmian paling inklusif yang pernah dianjurkan oleh jenama makanan segera tempatan.”

“Ini bukan sekadar pembukaan kedai. Ini adalah perasmian oleh rakyat, untuk rakyat. Kami mahu komuniti menjadi sebahagian daripada sejarah kami,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Selain itu, sebagai tanda penghargaan, setiap pelanggan perasmi turut layak menikmati menu Mega Burger yang harga asalnya RM17.90, pada harga istimewa RM2.00 sahaja.

Inisiatif ini bukan sahaja memberi peluang kepada komuniti setempat untuk meraikan pembukaan, malah menjadikan mereka sebahagian daripada perjalanan jenama BGM Burgerman.

“BGM Burgerman dikenali sebagai jenama burger tempatan yang membawa konsep mesra keluarga, harga mampu milik dan rasa premium. Pembukaan cawangan Setapak ini adalah sebahagian daripada pelan pengembangan mereka untuk mendekati komuniti dan mencipta pengalaman yang lebih bermakna bersama pelanggan”, tambahnya dalam kenyataan media itu.

Artikel Berkaitan

Back to top button