Berita

125,000 penumpang MYAirline terjejas

MYAirline mengantung operasi mulai pagi ini disebabkan faktor kewangan

KUALA LUMPUR 12 Okt – Seramai 125,000 penumpang terjejas selepas syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline mengantung operasi mulai pagi ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata langkah sangat tidak bertanggungjawab oleh syarikat itu sudah mengakibatkan kerugian kira-kira RM20 juta yang ditanggung oleh penumpang, berdasarkan jualan tiket penerbangan syarikat terbabit.

Katanya, nilai itu membabitkan hasil jualan tiket penumpang yang membuat tempahan penerbangan MYAirline sehingga Mac depan.

“MYAirline memberi jaminan untuk menunaikan kewajipan mereka kepada pengguna terjejss dan membuat bayaran balik kepada penumpang,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, MYAirline juga diarahkan menyediakan kaedah jelas untuk membuat pembayaran balik tiket penerbangan atas kerugian yang terpaksa ditanggung pelanggannya.

Katanya, tindakan syarikat penerbangan menghentikan operasi itu juga menjejaskan nama baik negara memandangkan ada penumpang bukan warganegara yang menggunakan perkhidmatan mereka. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button