Berita

2 remaja lemas mandi parit di Kuala Sedili

Ketika kejadian kedua-dua mangsa pada mulanya cuba diselamatkan rakan mereka dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal akibat dihanyutkan arus deras

KOTA TINGGI 10 Jan – Dua remaja lelaki ditemukan lemas dalam parit di Kampung Perpat, Kuala Sedili di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa berusia 14 dan 18 tahun itu ke parit berkenaan bersama beberapa rakan.

“Siasatan masih dijalankan. Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk bedah siasat.

“Kami mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya memantau pergerakan anak mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa pada mulanya cuba diselamatkan rakan mereka dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal akibat dihanyutkan arus deras. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button