Dunia

500 pesakit hospital di Gaza diarah keluar

Perkara itu dimaklumkan pejabat media Gaza dalam satu kenyataan.

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Tentera penceroboh Israel memaksa kira-kira 500 pesakit di Hospital Al-Shifa di barat Bandaraya Gaza, termasuk yang cedera parah supaya mengosongkan hospital itu, menurut pejabat media kerajaan di Semenanjung Gaza pada Sabtu.

Mereka hanya diberi masa sejam untuk mengosongkan Kompleks Perubatan Al-Shifa, lapor agensi Anadolu.

Pejabat media Gaza mempertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas Israel terhadap keselamatan dan nyawa semua mereka yang berada di Al-Shifa, termasuk yang cedera, bayi pramatang dan kakitangan perubatan.

“Institusi dan organisasi antarabangsa juga bertanggungjawab atas kecuaian dan tindak balas susulan dan penyelarasan yang lemah dalam melindungi hospital dan pusat kesihatan yang sepatutnya mempunyai imuniti antarabangsa dan undang-undang,” menurut pejabat media itu dalam kenyataan.

Kenyataan itu juga menegaskan bahawa bahan api mesti disediakan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan, perubatan dan kemanusiaan disediakan kepada puluhan ribu yang cedera dan sakit. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button