Berita

Agong terima menghadap Perdana Menteri di Isatana Pasir Pelangi

Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, semalam.

Turut serta dalam pertemuan tersebut, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pertemuan tersebut berlangsung selama kita-kira dua jam selain baginda turut mencemar duli santap bersama-sama Anwar.

Foto pertemuan tersebut turut dimuat naik dalam Facebook rasmi milik Tuanku Mahkota Ismail.

Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Januari 2019.

Menerusi maklumat di media sosial itu, perkongsian pertemuan itu menerima lebih 2,600 tanda suka, 150 perkongsian (shares) dengan 84 komen daripada warganet setakat ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button