Berita

Ahli Parlimen Maran dirawat di CCU IJN

Perkara itu dimaklumkan sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula pagi ini

KUALA LUMPUR 21 Nov – Ahli Parlimen Maran Ismail Muttalib kini menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara, kata Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul.

Johari memakluman perkara itu sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula pagi ini.

“Beliau tidak boleh dilawati namun kita berdoa sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh dengan segera,” katanya.

Ismail, bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan mewakili Perikatan Nasional (PN) pada PRU15 menewaskan calon Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,821 undi.

Pada PRU14 lalu, Ismail memenangi kerusi terbabit atas tiket BN menewaskan pencabarnya dari PAS dan PKR. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button