Berita

Ahli Parlimen Tanjong Karang nyata sokongan kepada PM

Wakil rakyat Bersatu itu juga menegaskan dia masih setia dengan partinya.

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat terbaharu Bersatu menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Zulkafperi berkata keputusan yang berkuat kuasa serta merta itu dibuat untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasannya terbela dan mendapat pelbagai manfaat pembangunan.

“Bagi mengelakkan sebarang keraguan, saya ingin menegaskan masih setia sebagai ahli Bersatu dan tidak mengkhianati parti.

“Namun demi memastikan kelangsungan pembangunan di Parlimen Tanjong Karang seiring pemerintahan persekutuan, wajar untuk saya bersama dengan kepimpinan Putrajaya diketuai Anwar,” katanya menjelaskan tindakan itu bukan dibuat atas unsur paksaan. — FMT

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button