Politik

Amiruddin nak ‘ajar’ Sanusi cara majukan Kedah

Amiruddin meminta Sanusi sepatutnya melihat masalah di tempatnya terlebih dahulu berbanding kawasan lain.

KUALA LUMPUR 10 Julai – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menempelak kenyataan dibuat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menyatakan Kedah mampu menjadi negeri paling maju sekiranya terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur.

Amirudin berkata, Menteri Besar Kedah itu sepatutnya melihat masalah di tempatnya terlebih dahulu berbanding kawasan lain.

“Ini masalah Sanusi, mata dia besar dekat tempat lain tetapi tak tengok masalah dekat tempat dia.

“Jangan takut, minggu depan saya akan pergi Kedah, saya akan terangkan kepada Sanusi macam mana nak jadi yang terbaik macam Selangor,” katanya.

Sanusi sebelum ini dilaporkan berkata, Selangor menjadi negeri termaju di negara ini kerana ditadbir Pakatan Harapan (PH) dapat disangkal.

Beliau dipetik sebagai berkata, Selangor hanyalah ‘bertuah’ kerana kebetulan berada dekat dengan Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor turut menyindir Sanusi dan menyifatkannya tidak ‘melihat cermin’.

Beliau turut memberi contoh bahawa jiran Kedah iaitu Pulau Pinang berkembang dengan pesat dari segi pelaburan dan kedudukan ekonominya.

Bagaimanapun katanya, Kedah masih lagi menyumbang hanya sekitar bawah lima peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Dalam masa yang sama, Kuala Lumpur itu sebahagian daripada Selangor sebelum ini.

“Ia mendapat limpahan kerana kedudukan kita yang strategik dan kita berjaya menyediakan sebagai bandar satelit pada tahun 1970-an lagi,” katanya. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button