Ekonomi

Andalusia, WE Xpress, dan Saudi Tourism Authority meterai MoU, permudah perjalanan pelancongan menarik Arab Saudi

SYARIKAT pengendali haji dan umrah terkenal, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan WE Xpress Sdn. Bhd. (WE Xpress) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pihak Saudi Tourism Authority (STA) .

MoU tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris; Ketua Pegawai Eksekutif WE Xpress, Norhisham Osman; wakil pihak STA dan disaksikan oleh Duta dan Pemilik Bersama WE Xpress, Alif Satar, serta seorang wakil STA.

Ida Riswana berkata, kolaborasi bersama STA pada kali ini adalah bertindak sebagai penasihat kepada Andalusia dan WE Xpress, tentang perjalanan pelancongan menarik di Arab Saudi.

“Rakyat Malaysia sebenarnya lebih mengenali Arab Saudi sebagai tempat ibadah sahaja, sedangkan di sana ada banyak tempat-tempat pelancongan yang tidak dilawati oleh rakyat Malaysia. Jadi pada kali ini, mereka akan memulakan ekspedisi menelusuri sirah, di samping ibadah umrah yang akan dilaksanakan. Tetap ada bahagian ibadah, dan tetap ada bahagian pelancongan yang tidak mereka lupakan.” kata Ida Riswana lagi.

Menurut beliau, siri pertama ekspedisi berkenaan akan berlangsung pada musim cuti sekolah, iaitu pada 17 hingga 28 Disember depan. Perjalanan akan melibatkan bermalam selama dua malam di Riyadh, bermalam satu malam di AlUla selain ke Khaibar. Banyak sebenarnya peninggalan sejarah Islam terdapat di Khaibar, di samping aktiviti menyeronokkan seperti Desert Safari, camping dan bermalam di padang pasir.

“Insya-Allah, memang pengalaman ini kali pertama ada di Malaysia. Terima kasih kepada Saudi Tourism Authority kerana mereka yang banyak menyokong dan menasihati kita,” kata Ida Riswana.

Manakala Alif Satar pula selaku Duta dan Pemilik Bersama WE Xpress akan turut serta secara ekslusif dalam pakej Menelusuri Sirah & Umrah Andalusia dan WE Xpress ini berkata pakej umrah ini bukan pakej perjalanan umrah seperti biasa, pakej ini padat dengan ziarah dan aktiviti yang akan dilakukan Bersama beliau ketika berdada di Arab Saudi nanti.

Jumlah tawaran untuk pakej Menelusuri Sirah & Umrah Andalusia dan WE Xpress siri pertama ini hanya terhad kepada 135 jemaah sahaja dan anda masih berpeluang untuk menyertai pakej istimewa ini dangan berhubung terus dengan Andalusia Travel & Tuors, dapatkan informasi di kaunter-kaunter WE Xpress atau boleh lawati reruai Andalusia Travel & Tours di Pameran Interaktif NUSUK oleh STA, IOI City Mall, Putrajaya bermula 28 Ogos 2024 (hari ini) hingga 1 September 2024.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button