Ekonomi

Andalusia, WE Xpress jalin kerjasama pengurusan kargo jemaah lebih lancar, selesa dan terurus

ANDALUSIA Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat WE Xpress dalam menawarkan pengiriman barangan mereka melalui kargo semasa mengerjakan umrah akan jadi lebih lancar, selesa dan terurus.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, kali ini pihak Andalusia bekerjasama bukan dari kalangan hotel atau syarikat penerbangan tetapi rakan logistik yang mempunyai objektif yang sama bagi memberi manfaat kepada para jemaah umrah.

Menurutnya, perkhidmatan WE Xpress ini bermula di hadapan pintu hotel dan pengumpulan barangan terus dari hotel-hotel Andalusia di Makkah dan Madinah ke alamat rumah.

Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris

“Jemaah tidak perlu risau tentang membawa barangan berat atau banyak semasa perjalanan pulang selain mengurangkan beban fizikal dan meningkatkan keselesaan para jemaah.” katanya dalam sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian antara Andalusua Travel dan WE Xpress di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Andalusia, Ibrahim Mat Sin; Ketua Pegawai Eksekutif WE Xpress, Norhisham Osman; Duta dan Pemilik Bersama WE Xpress, Alif Satar, Ketua Perniagaan Antarabangsa POS Malaysia, Elias Effendi dan Ketua Pegawai Jualan, Charles William.

Dalam pada itu Ida Riswana menyatakan, jemaah juga dapat menjejak status penghantaran barangan mereka secara semasa bagi memberikan ketenangan fikiran mengenai keberadaan barangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif WE Xpress, Norhisham Osman

Sementara itu, Norhisyam pula menegaskan WE Xpress buat julung-julung kalinya dalam sektor logistik mengadakan penghantaran kargo ke Malaysia dari Saudi Arabia.

“WExpress pada dasarnya merupakan sebuah syarikat logistik, di mana pengkhususan dalam pengurusan bagasi jemaah Umrah dan Haji dari tanah haram ke Malaysia dan Asia Tenggara.”

“Pengalaman dan pengamatan kami berlima sendiri ketika mengerjakan haji, kami merasakan perkhidmatan logistik perlu lebih proaktif, lebih telus, lebih mudah, diyakini dan lebih professional,” jelasnya.

Tambah beliau, jenama POSLaju itu sendiri juga telah mendapat kepercayaan masyarakat, dengan caj yang terbaik dan tanpa kos-kos tersembunyi.

“Apa yang uniknya, kami mendapat kepercayaan POS Malaysia sebagai rakan strategik adalah disebabkan oleh strategi pemasaran dan pendekatan kami yang agak berbeza dengan syarikat logistik lain.

“Kami cuba merevolusikan perkhidmatan pengurusan bagasi. Menjadikan perkhidmatan ini sebagai salah satu elemen sektor pelancongan, selain hotel, transport dan pakej pelancongan.

“Di samping itu, kerjasama WE Xpress dan Andalusia dapat memberikan nilai tambah kepada Andalusia terutama dalam meningkatkan lagi imejnya dan membuka segmen baru terutama dalam kalangan golongan muda, professional dan terpelajar,” katanya.

Terdahulu, pada permulaan 1 Muharram 1446H, Andalusia Travel telah merekodkan jualan pakej umrah hampir 24,000 orang jemaah dan kumoulan pertama seramai 25 orang telah diterbangkan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Saudia Airlines pada hari ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button