Berita

Anwar dedah kenapa Najib boleh dapat pengurangan hukuman

Perkara itu diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan, termasuk kaedah lain yang diperincikan

PUTRAJAYA 5 Feb – Asas Lembaga Pengampunan memutuskan memberi pengurangan hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak, antaranya dibuat atas sumbangan bekas Perdana Menteri itu kepada negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu diambil kira dalam perbincangan mesyuarat Lembaga Pengampunan, termasuk kaedah lain yang diperincikan.

“Pertama apa asas rayuan, selalunya memikirkan peranan dia, perjalanan hidup dia sebelum itu, peranan kepada keluarga dia, kehidupan di penjara, jasa dan khidmat dia, peranan kepada keluarga atau masyarakat dan dalam kes Najib, kepada negara.

“Jadi diberikan juga mengenai proses badan kehakiman, apa kesnya, apa hukumannya, kemudian kalau ada kes dalam proses, itu semua dijelaskan sebelum masing-masing (ahli lembaga) beri pandangan dan akhirnya Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. – Berita Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button