Anwar, Erdogan bincang situasi perang Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Erdogan

KUALA LUMPUR 10 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah berbincang mengenai perkembangan semasa peperangan membabitkan Palestin dan Israel.
Dalam ciapan melalui aplikasi X, lewat malam tadi, Perdana Menteri berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Erdogan.
“Saya sempat bercakap dengan Presiden Erdogan, sebentar tadi. Kami menyentuh mengenai perkembangan terkini melibatkan Palestin dan Israel,” katanya dalam satu hantaran ringkas.
Semalam, Anwar dilapor menegaskan, Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.
Perdana Menteri dipetik berkata, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman serta penindasan terhadap rakyat Palestin, termasuk rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin yang dilakukan rejim Zionis tanpa henti.– Xklusif