Berita

‘Anwar abdi diri bela nasib rakyat tanpa rasa pamrih’ – Saravanan

Majlis pelancaran buku setebal 296 hasil tulisan Mutharasan disempurnakan oleh Datuk Seri M.Saravanan

KUALA LUMPUR 16 Feb – “Perjalanan dan  perjuangan politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cukup perit, menderita dan menyeksakan sentiasa menjadi perhatian dan agak sukar dilupakan. Beliau memperjuangkan kesamarataan dan keadilan buat semua.”

“Perjuangan beliau adalah sebuah pengorbanan untuk rakyat.”  kata Datuk Seri M.Saravanan Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah.

“Langkah dan perjalanan jauh menuju pucuk kepimpinan sebagai perdana menteri diliputi onak dan duri lawan politik. Kini selepas 24 tahun, selepas dipenjara dua kali, akhirnya Anwar mencapai impian bergelar Perdana Menteri.”

“Anwar adalah tokoh yang layak menerajui negara ketika dilanda kemelut politik, ekonomi dan seumpamanya. Dengan agenda reformasinya, saya yakin Anwar mampu membawa Malaysia ke era baharu yang lebih baik’’ antara lain ujar beliau dalam ucapannya. 

Sepanjang setahun lebih, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri ke-10, beliau telah mempamerkan kepimpinan mengagumkan dalam arena diplomatik.

Sekaligus mencerminkan komitmen untuk mengembalikan reputasi Malaysia di pentas antarabangsa secara proaktif.

Sebuah buku bertajuk “Dari Penjara Sehingga Dilantik Perdana Menteri” versi Tamil yang mengisahkan  perjuangan reformasi dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik Malaysia dilancarkan malam tadi di Kelab Diraja Selangor, Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran buku setebal 296 hasil tulisan Mutharasan  disempurnakan oleh Datuk Seri M.Saravanan.

Buku tersebut turut menceritakan mengenai pengkhianatan politik yang dialami Anwar sepanjang menggerakkan reformasi.

Timbalan Menteri M. Kulasegaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Batu Prabhakaran turut hadir dalam majlis tersebut. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button