Anwar memang patut isytihar harta
KUALA LUMPUR 9 Mei – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyokong cabaran agar Perdana Menteri mengisytihar kesemua hartanya bagi membuktikan beliau bersih dan tidak terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.
Ahmad Faizal berkata, cabaran oleh Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim itu supaya rakyat tahu sumber harta Perdana Menteri.
“Jangan kita sentiasa menuding jari pada satu satu pihak tapi diri sendiri tak berani nak menunjukkan bagaimana beliau mampu hidup berpolitik dengan begitu mewah sepanjang di luar kerajaan dan kini tak ambil gaji (sebagai Perdana Menteri) sebagainya, still maintain wonderful life.
“Saya fikir memang patutlah (Anwar isytihar harta), rakyat juga nak tahu daripada mana datang duit, siapa sponsor helikopter, siapa sponsor billboard gergasi dan sebagainya.
“Semua orang nak tahu tapi kalau tak nak bagitahu, tak payahlah tuding jari pada orang lain,” katanya. – Utusan