Aplikasi Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya 28 Ogos 2024
MAYBANK dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan aplikasi Maybank2u MY akan ditamatkan sepenuhnya pada 28 Ogos 2024.
Pengumuman ini dibuat susulan daripada aplikasi tersebut yang tidak lagi boleh dimuat turun daripada App Store, Play Store, dan Huawei AppGallery sejak 30 Jun lalu.
Mana-mana pengguna yang masih belum memuat turun aplikasi MAE diminta untuk berbuat demikian dengan kadar segera.
Ini adalah kerana pengguna kelak tidak boleh mengakses akaun atau sebarang fungsi melalui aplikasi Maybank2u MY selepas tarikh berkenaan.
Menurut Maybank, mereka akan terus memainkan peranan penting dalam menyediakan yang terbaik buat pengguna.
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman perbankan dalam talian dalam kalangan pengguna.