Awang Bemee dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu

DEWAN NEGARA sebulat suara menerima pencalonan Datuk Awang Bemee bin Awang Ali Basah sebagai Tuan Yang di-pertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal, meninggal dunia pada Mei lalu.
Pencalonan Awang Bemee dibaca oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan desas-desus anak negeri Sarawak yang merupakan Penasihat undang-undang Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan dilantik sebagai dilantik sebagai Senator oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada minggu lalu akan dicalonkan.
Awang Bemee yang merupakan pengamal undang-undang dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka selama tiga penggal (1996 hingga 2011). Beliau juga Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching dan pengarah sebuah anak syarikat badan berkanun yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 1959, Awang Bemee telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Malaya, dan memulakan kerjaya sebagai peguambela dan peguamcara pada 1984.
Awang Bemee dicalonkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 1996 bagi DUN Nangka dan menang tanpa bertanding. Beliau berjaya mempertahankan DUN Nangka dalam dua pilihan raya negeri seterusnya pada 2001 dan 2006.