Hiburan

Awas! Jangan cuba provokasi saya – Elly Mazlein

“Siapa usik Suraya (saya), Suraya akan usik balik.”

Demikian kata pengacara, Elly Mazlein meluahkan rasa terkilan dengan sikap seorang individu yang tidak disebut nama yang memprovokasinya.

Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom dan Suraya berkata, dia juga tertanya-tanya apakah niat individu itu memprovokasinya.

“Kadang-kadang, kita ini kalau baik sangat orang pijak-pijak sampai lumat kita punya kepala lutut. Tapi, sekarang, saya rasa tak nak begitu. Sebab apa, saya sebenarnya tak suka sangat ambil tahu hal orang.

Tambah Elly, rezeki semua manusia sudah ditetapkan oleh Allah dan kita sebagai manusia tak perlu menyimpan rasa hasad dengki sekiranya orang lain dikurniakan rezeki.

“Saya tak adalah pandai sangat, tapi ada juga belajar, kan. Dengarlah juga walaupun tidak bertutup litup, pergi dan dengar jugalah kelas agama di mana rezeki ini tak payah nak kalut. Sebab Allah sudah tentukan rezeki semua orang, cuma cepat atau lambat sahaja.

“Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Kita orang Islam. Malulah pasal rezeki pun nak huru-hara, nak berdengki sana-sini, rancang sana-sini nak menjatuhkan orang. Janganlah begitu.

“Carilah rezeki sama-sama. Bidang kita ini bukan besar sangat pun. Kecil sahaja. Yang paling penting adalah kita ini sesama Islam,” katanya.

Menerusi Instagram Story (IGs), Elly memuat naik beberapa hantaran berkaitan harapannya agar tidak menjadi pengacara yang gemar menyindir orang lain dalam program televisyen.

“Moga ‘kepom’ (saya) tidak menjadi pengacara seperti ini, suka membahan dan memerli. Moga kasih sayang terus kekal di dalam diri saya ‘kepom’ selamanya buat sesama insan.

“Haziq Hussni, buat yang terbaik ya. Lebarkan sayapmu,” tulisnya.

Keterangan itu dimuat naik di IGs bersama potongan video pendek yang memaparkan gandingan pengacara Haziq dan Jihan Muse.

Satu lagi hantaran IGs Elly memaparkan keterangan mengenai kandungan lawak menyanyi berulang kali yang dibandingkan dengan lawak ulang main nama bapa dan serta sindiran berulang kali.

“Biarlah lawak menyanyi berulang-ulang kalau dengan cara itu boleh menghiburkan, daripada lawak berulang-ulang main nama bapa, memerli dan membahan.

“Paling tak menahan, lawak tahu lalat ‘Chipsmore’ berulang-ulang dari musim pertama sampailah musim puluh-puluh.

“Aduh. Inilah contoh ‘menutup’ hanya hiasan, untuk menutup bangkai di longkah. Penunggang 2024. Sekian. Tajuk album, Lupakan aku dalam kepala otak kau, boleh?” tulisnya.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button