Santai

Awegallery sebuah platform kreatif, pamerkan hasil karya demi dunai seni

Sebut sahaja seni pasti tidak semua yang mudah memahami karya-karya yang dihasilkan secara terus apatah lagi jika ia mempunyai maksud tersirat.

Sedang berlangsung sehingga 20 Oktober ini, Jonathan Jayasuria, 28, memilih untuk mengekspresikan bentuk seninya berdasarkan binaan figura daripada barangan terpakai di Awegallery, Petaling Jaya.

Persembahannya cukup memukau mata dan memperlihatkan sesuatu yang agak jarang dipersembahan dalam dunai seni.

Bahkan dalam kalangan artis pun begitu teruja melihat pemeran solonya yang diberi nama The Automaton Project 2025.

Menurut pengarah Awegallery, Dora Ong, 49, berkata pameran tersebut berbeza daripada kebiasaannya yang diadakan di Awegallery.

Dora yang juga merupakan artis (pelukis) melihat ia bukan sekadar karya visual tetapi juga sebuah pengalaman yang unik.

“Ia sesuatu yang lain daripada biasa, di mana para pengunjung perlu mentafsir karya ini dengan cara mereka sendiri.

“Pada mulanya, saya agak terkejut dengan apa yang ingin dilakukan oleh Jonathan. Ketika April Jonathan mendekati saya sedia maklum saya juga tahu dia merupakan seorang pelakon dan pembikin filem.

“Jadi apabila beliau berkongsi ideanya, saya sedikit sebanyak agak sukar untuk membayangkan bagaimana seni ini akan dipersembahkan,” katanya yang berasal daripada Singapura.

Kemudian sesi diadakan antara Dora dan Jonathan kerana niatnya saya adalah untuk memberikan sesuatu yang benar-benar dapat dinikmati sebagai satu pengalaman.

“Apabila segalanya siap dipasang di galeri dan saya melihat hasilnya, barulah saya sedar bahawa ini sesuatu yang istimewa. Bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi sesuatu yang dapat menarik dan memberi galakan kepada semua orang,” ujarnya yang sudah menatap di Malaysia selama 25 tahun dan berkahwin dengan suaminya dari Sabah.

Pameran solo pertama Jonathan memperlihatkan usaha yang telah dicurahkan dan Dora mahu memastikan pameran ini berjaya.

Saya berharap orang ramai dapat melihat nilainya, ini emmag seuatu yang lain daripada yang lain,”harapnya.

Sebagai artis dan pemilik Awegallery, Dora sentiasa terbuka kepada mereka yang ingin menonjolkan dunia seni dari apa jenis dan kategori.

Ini kerana dia ingin menjadikan tempat ini sebagai lokasi untuk mereka di luar sana mengembangkan bakat seni yang ada.

“Saya sentiasa melihat Awegallery sebagai ruang terbuka dan sebuah platform kreatif yang menghubungkan dengan komuniti dan masa depan seni.

“Ia umpama sebuah majalah yang memuatkan pelbagai kandungan, dan inilah yang membezakan kami daripada galeri lain di kawasan sekitar,” tutup bicaranya.

Artikel Berkaitan

Back to top button