Politik

Baddrol Bakhtiar, awak tahu tak maksud ‘manifesto’?

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ditetapkan pada 12 Ogos depan, calon-calon parti politik kini giat turun padang menjenguk rakyat dan menyampaikan ceramah dalam usaha nak memikat hati pengundi.

Dalam tempoh dua minggu berkempen ini, semua calon-calon akan cuba sedaya upaya bertemu rakyat. Malah, lima jemputan kenduri kahwin pun akan dihadiri untuk menunjukkan betapa dekatnya mereka dengan rakyat.

Seorang daripada calon yang menjadi tumpuan adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan dan pemain kesayangan Kedah, Baddrol Bakhtiar.

Dikenali sebagai individu yang tidak begitu petah bercakap, ramai teruja mahu melihat cara Baddrol di atas pentas politik sama ada ketika berceramah atau menjawab soalan media.

Namun, Baddrol ketika ditemu bual wartawan selepas memberi ceramah baru-baru ini memberi jawapan yang cukup pelik dan aneh.

Wartawan bertanya kepada Baddrol apa manifesto untuk PRN pertamanya, namun jawapan pemain bola sepak itu adalah kena mengundinya dahulu baru tahu apa manifestonya.

Baddrol tahu tak apa maksud manifesto?

Mengikut laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, maksud manifesto adalah pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar (tujuan) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya.

Ini bermaksud, setiap calon perlu memaklumkan apa manifesto mereka jika ditanya wartawan dan rakyat sebelum hari mengundi.

Kalau dah selesai mengundi baru nak beritahu manifesto nak buat apa? Sedangkan manifesto adalah senjata yang perlu digunakan untuk memikat hati pengundi.

Pengundi dan rakyat mahu tahu apa tawaran yang boleh diberikan Baddrol untuk dinilaikan dengan pihak lawan. Harapan siapa yang lebih realistik kepada rakyat.

Jika Baddrol yakin yang pengundi di Gurun akan berpihak kepadanya sekalipun, sedarlah bahawa rakyat Malaysia ini bukan di Gurun sahaja.

Ramai yang mengenali Baddrol dan ramai yang sentiasa mengikut apa perkembangan terbaharunya. Jawablah dengan elok dan berilmiah, bukan main tembak sahaja. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button