Berita

(VIDEO) Banjir kilat landa Shah Alam lagi, sistem pam tak berfungsi jadi punca

Banjir kilat berkenaan terjadi berikutan hujan lebat berterusan sejak jam 3 patang

SHAH ALAM 16 Ogos – Beberapa kawasan di Seksyen 13, di sini dilanda banjir kilat selepas mengalami hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang tadi.

Beberapa penduduk sekitar kawasan itu sempat merakam keadaan semasa memaparkan kawasan yang dinaiki naik termasuk sekitar Masjid Seksyen 13, Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Beberapa pengguna Facebook turut berkongsi video dan gambar yang memaparkan situasi banjir dan turut kelihatan, beberapa kenderaan terperangkap kerana ditenggelami air.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira antara jam 3.40 petang hingga 4.37 petang.

“Antara kawasan terlibat ialah laluan Jalan Persiaran Sukan serta laluan bulatan Stadium Shah Alam menghala bangunan Accapela.

“Selain itu, banjir kilat dilaporkan turut melanda di Jalan Surau Munawwarah sehingga persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut, persimpangan lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, laluan jalan berhampiran bangunan lama Management and Science University (MSU) serta laluan di Pangsapuri Perdana,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, keadaan bagaimanapun terkawal dan tiada jalan ditutup ekoran air difahamkan telah surut.

“Pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa, orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Situasi di kawasan terlibat banjir kilat ini dalam keadaan terkawal setakat ini,” katanya.

BANJIR KILAT
Pihak bomba memantau keadaan banjir di Shah Alam

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, hasil pemantauan mendapati banjir kilat tersebut adalah sedalam 0.3 meter.

Katanya, bagaimanapun tiada pemindahan dilakukan sepanjang banjir kilat tersebut.

“Banjir kilat itu susulan hujan lebat dan sistem pam tidak berfungsi. Bagaimanapun, air mulai surut selepas pam diperbaiki oleh Majlis Bandaraya Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Petang tadi, tular video banjir kilat di sekitar kawasan Seksyen 13 yang dimuat naik di media sosial oleh pengguna di lokasi kejadian. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button