Berita

Banjir mula landa Terengganu, PPS dibuka

Kuala Nerus menjadi daerah pertama dilanda Banjir di Terengganu.

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di Terengganu mula dilanda banjir.

Kuala Nerus menjadi daerah pertama di negeri ini dilanda banjir selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Tok Jembal dibuka jam 7 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kuala Nerus, Kapten (PA) Azulkarnain Awang@Abdul Aziz berkata, ia susulan kediaman penduduk di Taman Permai Murni, Kuala Nerus mula dinaiki air kira-kira jam 4 pagi tadi.

Beliau berkata, proses pemindahan mangsa yang terjejas sedang dijalankan.

“Ketika ini, hujan berterusan dan kita melakukan pemindahan mangsa ke PPS yang disediakan,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu, bermula semalam hingga hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan ia membabitkan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button