Hiburan

BCL bakal nikah 2 Disember depan

berdasarkan pendedahan oleh salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, BCL dikatakan bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali

JAKARTA 26 Nov – Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada 2 Disember depan dengan rakannya, Tiko Pradita Aryawardhana yang sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan aktres itu.

Memetik laporan portal hiburan Indonesia, KapanLagi.com, berdasarkan pendedahan oleh salah seorang kakitangan Pejabat Urusan Agama Pasar Minggu, Bunga dikatakan bakal mengadakan majlis pernikahan di Bali.

Malah, proses permohonan pernikahan juga dikhabarkan sudah selesai selepas individu sama menunjukkan dokumen dan surat dipercayai milik Bunga dan Tiko yang telah dihantar bagi tujuan perkahwinan itu.

“Permohonan nikah sudah dihantar ke Pejabat Urusan Agama Mengwi Bali. Tetapi soal tarikh, kami tidak tahu,” ujar sumber tersebut ketika diaju tentang kesahihan tarikh pernikahan tersebut.

Dalam pada itu, desas desus tersebut dikuatkan lagi apabila surat daripada Ketua Kampung kediaman Tiko berhubung permohonan nikah juga tersebar.

Sehingga kini, Bunga yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Untuk info, Bunga sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair yan gmenghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan pada 2008 itu, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Noah, 12.

Bunga itu sebelum ini beberapa kali dikaitkan dengan Tiko yang dikatakan rakan pengajiannya selepas lelaki itu dilihat semakin rapat dengan menghadiri majlis-majlis penting penyanyi popular itu. – Agensi

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button