Bekas Timbalan Menteri, Eddin Syazlee meninggal dunia pagi ini
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada jam 7.10 pagi tadi di rumahnya di Bukit Chedang, Seremban, menurut Pengerusi PN Negeri Sembilan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker.
Eddin Syazlee, 50, merupakan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah dari 2018-2022, menang atas tiket Bersatu menewaskan calon BN dan Pas ketika parti itu bersama Pakatan Harapan (PH).
Beliau juga pernah dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan timbalan menteri kerja raya.
Terdahulu pada Jun 2023, Eddin Syazlee digugurkan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan dan digantikan oleh Timbalan Presiden Bersatu merangkap Timbalan Pengerusi PN Pusat, Ahmad Faizal Azumu.
Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dalam satu kenyataan berkata pelantikan Eddin Syazlee diyakini dapat memperkukuhkan lagi PN di negeri ini kerana beliau tokoh berpengalaman yang memimpin gabungan itu sebelum ini.
Beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahmad Faizal yang memimpin PN Negeri Sembilan sebelum ini.