Berita

Belanjawan 2023 : Penjawat awam terima RM700 Bantuan Aidilfitri

RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan dan bayaran akan dibuat pada April 2023.

KUALA LUMPUR Feb 24 – Penjawat awam Gred 56 ke bawah, termasuk lantikan kontrak bakal menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM700.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan dan bayaran akan dibuat pada April 2023.

Sementara itu, susulan kenaikan kadar maksimum gantian cuti rehat (GCR) daripada 160 kepada 180 hari, kerajaan berhasrat untuk meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50 peratus, iaitu maksimum 90 hari.

Beliau berkata, penjawat awam perlu segera membawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

Artikel Berkaitan

Back to top button