Berita

Belanjawan 2023: RM40 juta untuk tingkat kemahiran 30,000 pekerja gig

Kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.

KUALA LUMPUR 24 feb – Sebanyak RM40 juta disediakan untuk manfaat 30,000 pekerja gig.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata menerusi Belanjawan 2023, kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran micro credentials sehingga RM4,000.

Pada masa sama, katanya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan bagi menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.

“Langkah ini adalah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan anak muda meningkatkan keupayaan dan kemahiran bagi meraih gaji yang lebih bermakna,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023, di Parlimen, hari ini.

Anwar berkata, untuk meningkatkan kemahiran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDCorp) dengan dana RM1 bilion akan dimanfaatkan untuk melaksanakan program latihan kemahiran kepada pekerja bagi majikan yang berdaftar dan mempunyai levi terkumpul.

Kerajaan akan menanggung bayaran latihan untuk pekerja gig menjalani program peningkatan kemahiran ‘micro credentials’ sehingga RM4,000.

PERKESO juga menyediakan elaun RM300 untuk tiga bulan bagi menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.

Artikel Berkaitan

Back to top button