Belanjawan 2023: Tiada pengenalan GST, barangan mewah dikenakan cukai tahun ini
Anwar merasakan saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dan melaksanakan GST.

KUALA LUMPUR Feb 24 – Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam keadaan rakyat terbanyak masih susah, inflasi makanan melebihi lima peratus dan kadar upah yang masih rendah, maka ternyata saat ini bukanlah ruang dan masa yang sesuai untuk memperkenalkan dan melaksanakan GST.
“Kerajaan mengambil pendekatan lebih progresif dengan meluaskan asas cukai kepada mereka yang mempunyai kemampuan.
“Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah (seperti), jam tangan mewah, barang fesyen mewah dan segala-gala mewah itu harus dicukai sepatutnya,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.