Berita
Belanjawan 2024: Tambah RM10 juta banteras jenayah scam
Pertambahan itu bertujuan meningkatkan lagi fungsi NRSC membanteras jenayah scam, berbanding RM10 juta yang dipertuntukkan pada 2023
KUALA LUMPUR 13 Okt – Peruntukan bagi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) pada tahun depan ditambah kepada RM20 juta.
Pertambahan itu bertujuan meningkatkan lagi fungsi NRSC membanteras jenayah scam, berbanding RM10 juta yang dipertuntukkan pada 2023.
Rasional peningkatan dana itu dibuat mengikut jumlah panggilan diterima NSRC yang direkodkan sebanyak 49,000, selain berjaya membekukan transaksi sehingga RM60 juta.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, sebentar tadi. – Xklusif