Politik

BERSATU ambil tindakan ahli khianat, boleh hilang kerusi

Wakil rakyat BERSATU yang didapati khianat boleh kehilangan kerusi

KUALA LUMPUR 29 Jan – BERSATU akan mengambil tindakan undang-undang ke atas wakil rakyatnya bertindak mengkhianati parti itu.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas parti itu yang berlangsung di ibu pejabatnya malam tadi.

Untuk itu, beliau berkata, mesyuarat semalam bersetuju meminda Perlembagaan BERSATU bagi menghalang tindakan khianat dalam kalangan wakil rakyatnya daripada berulang lagi pada masa akan datang.

Selepas ini, katanya berkata, wakil rakyat BERSATU yang didapati khianat boleh kehilangan kerusi.

“Mesyuarat juga bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang khianat bagi maksud pengosongan kerusi dan BERSATU bersedia untuk berdepan PRK.

“Selaras dengan ketegasan itu, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) juga bersetuju meminda Perkara 10 Perlembagaan BERSATU bagi menghalang insiden sama daripada berulang di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button