Politik

BN buat ‘comeback’ di P Pinang, Selangor selepas 15 tahun

BN kembali dalam barisan Exco Pulau Pinang selepas berada di blok pembangkang sejak 2008

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi enam negeri sudah pun mentup tirainya pada Sabtu lalu yang memperlihatkan keputusan 3-3 yang mana Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) menguasai Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Sementara bagi Perikatan Nasional (PN) dengan mudah berjaya mengekalkan pemerintahan di tiga negeri lain iaitu Kedah, Kelatan dan Terengganu.

Pelantikan menteri besar di lima negeri kecuali Selangor juga sudah pun selesai sekali gus membolehkan Kerajaan negeri yang terbabit menyusun barisan Exco yang dirasakan mampu mentadbir negeri masing-masing.

Di Pulau Pinang hari ini, sejarah baharu politik tanah air tercipta apabila pucuk pimpinan DAP sebulat suara memutuskan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO mewakili BN dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang.

BN
BN kembali ke Pulau Pinang selepas 15 tahun berada di blok pembangkang

Beliau adalah ADUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol menjadi satu-satunya wakil rakyat daripada BN mengangkat sumpah hari ini sekali gus menyaksikan parti itu kembali dalam barisan Exco Pulau Pinang selepas berada di blok pembangkang sejak 2008.

Sementara di Selangor, BN dijangka turut mendapat jawatan Exco Selangor pertama dalam tempoh 15 tahun sejak kalah pada PRU 2008, walaupun parti itu hanya menang dua kerusi berbanding 32 kerusi dimenangi PH.

Menurut sumber FMT, langkah PH itu bagi menunjukkan wujud “perpaduan sejati” dalam amalannya dan bukan retorik semata-mata, dengan dua gabungan itu bertanding sebagai pakatan dalam PRN minggu lalu.

Katanya, mengetepikan BN akan merugikan kerajaan perpaduan negeri, yang terjejas teruk selepas tewas 22 daripada 37 kerusi majoriti Melayu kepada Perikatan Nasional (PN).

Daripada 32 kerusi PH, 15 dimenangi DAP, PKR (12) dan Amanah (5).

Sumber berkata, barisan exco terakhir mempunyai 11 orang, termasuk Menteri Besar, Amirudin Shari ketika itu.

Terdapat enam wakil PKR, DAP (3) dan Amanah (2). DAP turut diberikan jawatan speaker DUN.

“Calon PH daripada Amanah kali ini hanya memenangi lima kerusi berbanding lapan sebelum ini, manakala jumlah kerusi di bawah PKR menurun daripada 21 kepada 12.

“Kemungkinan besar salah satu jawatan exco mereka akan diberikan kepada BN kali ini,” kata sumber itu. – XKlusif

Artikel Berkaitan

Back to top button