Politik
BN lawan PAS di PRK Kemaman
Mereka terdiri daripada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari BN dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi PN
KEMAMAN 17 Nov – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Mereka terdiri daripada bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari BN dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi PN.
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Pusat Penamaan Calon di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman pada jam 10.15 pagi Sabtu. – Xklusif