Berita

BNM keluar amaran ancaman Penggodam Pro Israel

Notis itu dikeluarkan susulan kemungkinan tindak balas kumpulan penggodam pro-Israel yang akan menyerang sistem strategik negara

KUALA LUMPUR 27 Okt – Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan notis langkah berjaga-jaga terhadap serangan siber untuk institusi kewangan di negara ini.

Menerusi Notis Platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTip) mengambil langkah berjaga-jaga yang dikeluarkan secara rutin kepada institusi kewangan dan rakan kerjasama mereka yang berkaitan.

Difahamkan, notis itu dikeluarkan susulan kemungkinan tindak balas kumpulan penggodam pro-Israel yang akan menyerang sistem strategik negara selepas kumpulan penggodam pro-Palestin di negara ini yang dikenali sebagai ‘DragonForce’ menyerang rangkaian strategik negara regim Zionis sejak tercetus konflik di dua negara itu.

Notis FinTIP membolehkan institusi kewangan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi melindungi sistem mereka dan mengelakkan sebarang kemungkinan gangguan terhadap perkhidmatan kewangan.

Pada masa sama, BNM dan industri kewangan sentiasa berkongsi maklumat mengenai kemungkinan ancaman yang berlaku dalam ruang siber. – Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button