Jenayah

‘Bomoh palsu’ mengaku rogol adik ipar, anak saudara bawah umur

Tertuduh berusia 55 tahun yang kini menganggur didakwa melakukan perbuatan itu pada 2017 dan bulan ini

MUAR 20 Nov – Bekas penoreh getah yang menyamar sebagai pengamal perubatan terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Sesyen di sini, hari ini tidak menawarkan ikat jamin terhadap dua pertuduhan merogol anak saudara dan adik iparnya di sebuah kuarters ladang sawit dan rumah di Segamat.

Tertuduh berusia 55 tahun yang kini menganggur didakwa melakukan perbuatan itu pada 2017 dan bulan ini sebelum dia membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca oleh di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah rumah di Jementah, dekat Segamat, jam 12 tengah hari, pada 2017.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol anak saudaranya berusia 15 tahun di sebuah kuarters ladang sawit di Segamat pada 6.30 petang, 12 November lalu.

Mengikut kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376B (1) dan boleh dipenjara sehingga 30 dan sebatan.

Selain tertuduh, anak lelakinya berusia 17 tahun turut didakwa di Mahkamah Majistret Segamat atas pertuduhan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mencabul mangsa sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah mengeluarkan perintah tiada jaminan diberikan dan menetapkan 11 Disember ini untuk penetapan hukuman terhadap tertuduh. – Harian Metro

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button