(VIDEO) Buat macam kampung sendiri, satu batalion PGA kepung sarang pendatang asing di Kuala Lumpur
Operasi yang bermula kira-kira 11 pagi itu, dianggarkan 1,000 pegawai dan anggota lengkap bersenjata menyerbu sarang penempatan warga asing

KUALA LUMPUR 21 Dis – Hampir satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerah bagi menggempur dan ‘membersih’ penempatan warga asing di Jalan Silang.
Tinjauan mendapati dalam operasi yang bermula kira-kira 11 pagi itu, dianggarkan 1,000 pegawai dan anggota lengkap bersenjata menyerbu sarang penempatan warga asing, yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti perkampungan sendiri.
View this post on Instagram
Ini termasuk membuka premis perniagaan yang menjual barangan dari negara mereka selain menjadikan premis sebagai tempat kediaman.
Biarpun ada cuba menyembunyikan diri, pemeriksaan teliti dari premis ke premis di empat blok di lokasi berkenaan dan kepungan besar-besaran menyebabkan banyak warga asing yang kebanyakannya warga Bangladesh, Myanmar, dan Nepal tidak sempat melarikan diri.
Sehingga 2 petang tadi, dianggarkan lebih 500 warga asing ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk semakan dokumentasi. – Bernama