Jenayah

Budak 13 tahun didakwa liwat sepupu lelaki 6 tahun di Chukai

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shash Amir Sharifuddin

CHUKAI 7 Dis – Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan meliwat sepupunya ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman, hari ini.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shash Amir Sharifuddin.

Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan kanak-kanak itu di sebuah rumah di daerah ini kira-kira jam 12.23 tengah hari pada 25 November lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan dan Majistret menetapkan 3 Januari depan sebagai tarikh semula sebutan kes.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sharifah Amirda turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak boleh mendekati dan mengganggu mangsa. – Berita Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button