Berita

Budak 4 tahun maut dihempap pokok di pusat rekreasi di Jempol

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang juga kakak mangsa turut mengalami kecederaan

JEMPOL 21 Feb – Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata kejadian berlaku di pusat rekreasi di kawasan Batu Kikir.

Katanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang juga kakak mangsa turut mengalami kecederaan.

“Siasatan awal polis berdasarkan keterangan bapa mangsa, kedua-dua anaknya dibawa ke pusat rekreasi itu untuk mandi-manda.

“Mangsa pada awalnya mandi di kolam kanak-kanak namun ketika pergi ke bapanya yang berada berhampiran di kawasan itu, sebatang pokok tiba-tiba tumbang dan menghempap kedua-dua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Hoo berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala manakala kakaknya, dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norsafian Sulaiman ditalian 06-4582222,” katanya. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button