Berita

Budak 5 tahun maut jatuh parit di Johor

Kanak-kanak itu dikatakan terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan arus deras.

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke parit di Lorong Cempaka, Batu 18 ½ di Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Rafie Ahmad Sareng berkata 4 anggota dari BBP Johor Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 7.07 malam.

“Kanak-kanak berkenaan dikatakan terjatuh ke dalam parit dan dihanyutkan oleh arus.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dibantu unit PPDA (Pasukan Penyelamat Dalam Air) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor membuat pencarian di sekitar sungai, tempat mangsa dipercayai terjatuh,” katanya.

Beliau berkata mangsa lima tahun itu ditemui pada jarak 2km dari lokasi dia dilaporkan terjatuh, selepas tersangkut pada pangkal pokok kelapa sawit pada 10.30 malam tadi.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada 12.16 tengah malam. — FMT

Artikel Berkaitan

Back to top button