Berita

Budak autisme 6 tahun hilang di Damansara Damai

Laporan berkenaan kehilangan kanak-kanak itu dilaporkan semalam.

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun dilaporkan hilang dari sebuah apartment di Damansara Damai, Selangor hari ini.

Zayn Rayyan Abdul Matiin kali terakhir dilihat berhampiran Blok R kompleks Pangsapuri Idaman di Jalan PJU 10/1, Damansara Damai sekitar tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis menerima laporan mengenai kehilangan budak lelaki itu pada petang Selasa.

“Dia memakai baju-T berkolar putih dengan lambang SK Damansara Damai 2 dan seluar tracksuit hitam serta kasut hitam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis Petaling Jaya di talian 03-7966 2222. — Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button