Viral

(VIDEO) Budak cedera dirempuh Honda terlajak undur di parkir pasar raya

Budak berkenaan dilihat berada di hadapan sebuah kedai sebelum dirempuh keret berkenaan

KUALA LUMPUR 6 Sept – Tular di media sosial  rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang budak perempuan dirempuh sebuah kereta yang mengundur secara tiba-tiba dari tempat letak kereta.

Lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan, namun data pada video menunjukkan insiden tersebut berlaku pada jam 6.34 petang semalam.

Berdasarkan video berkenaan, mangsa dan seorang lagi kanak-kanak lelaki dilihat sedang bermain di hadapan sebuah kedai.

 


 

Dalam masa sama, kelihatan dua lelaki baru datang dan mahu masuk ke kedai tersebut.

Bagaimanapun, belum sempat berbuat demikian, kereta jenis Honda City secara tiba-tiba mengundur dengan laju lalu merempuh mangsa sehingga termasuk ke dalam kedai.

Setakat ini tiada maklumat mengenai keadaan mangsa, tetapi pemandu terbabit dipercayai tidak menyedari posisi gear berada di mod mengundur yang menjadi punca kemalangan itu berlaku.

Dalam video itu juga kelihatan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut segera meminta pemandu mengalihkan keretanya ke depan bagi membolehkan pintu premis dibuka.

Pemandu berkenaan dilihat bergegas keluar dari kenderaan untuk memeriksa keadaan mangsa. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button