(VIDEO) Budak kudung kaki semangat habiskan larian runtun hati warganet
Budak berkenaan kudung kaki kiri dan berlari sambil menggunakan tongkat sehingga ke garisan penamat
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Semangat kesukanan seorang murid kudung sebelah kaki menyertai acara lumba lari di sebuah sekolah bukan saja mendapat pujian malah menimbulkan rasa keinsafan warganet apabila melihat kesungguhan kanak-kanak itu menamatkan perlumbaaan.
Lebih membanggakan apabila kanak-kanak kudung itu tetap berusaha berlari hingga ke garisan penamat dengan tongkat biarpun rakan lain yang cukup sifat sudah lebih awal menamatkan larian.
Video berdurasi 48 saat itu dimuatnaik seorang pengguna Tik Tok turut tular sehingga meraih hampir 500,000 tontonan.
View this post on Instagram
Bukan itu saja, ruangan komen turut dibanjiri komen positif dan keinsafan apabila melihat kecekalan kanak-kanak kudung itu menamatkan larian biarpun berada di tempat terakhir.
“Tahniah dik, awak juara sebenar,” tulis kasyen video berkenaan.
Video itu turut memaparkan seorang wanita dipercayai guru sekolah berkenaan berlari bersama murid itu dari tepi padang tanda sokongan sehingga ke garisan penamat.
Warganet yang menonton video berkenaan rata-ratanya menyatakan rasa bangga terhadap murid berkenaan biarpun tidak sempurna seperti rakan sebaya lain.
“Allahuakbar.. Tahniah dik awak lah juara.. Kuat betul semangat kau dik.. Semoga terus jaya dimasa hadapan. Terbaiklah Cikgu beri semanga,” kata Rose Rose 3903.
“Pertama aku suka semangat adik tu, kedua aku respect kat perempuan yang ikut adik tu dari tepi padang beri semangat. Tabik spring untuk keduanya,” kata Zack.
“Walaupun OKU tapi semangat dia kuat. Abang cemburu dengan smgat awk adik alaupon abg sempurna tapi abang kalah dengan smgat kamu dik,” kata Jackson_CAMC. — Xklusif