Viral

(VIDEO) Budak masih pakai baju tidur meronta tahan panas terkunci dalam kereta lebih 40 minit

Budak berkenaan dilihat resah dan lemah dipercayai ditinggalkan dalam kereta oleh ibu bapa

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Seorang budak lelaki yang masih dalam pakaian tidur dijumpai dalam keadaan lemah akibat terkunci dalam sebuah kereta dipercayai ditinggalkan oleh ibu bapanya semalam.

Berdasarkan video berdurasi seminit yang tular di laman sosial, kanak-kanak terbabit kelihatan sesak nafas dan resah akibat kekurangan oksigen.

Orang awam di kawasan itu mendapati kereta berkenaan terkunci dari luar dan hanya tingkap di bahagian pemandu depan dibiarkan sedikit terbuka sebagai laluan untuk membenarkan udara masuk.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Xklusif.my (@xklusif.my)

Orang awam yang juga perakam video berkenaan mendakwa budak lelaki terbabit meronta dan menangis akibat sesak nafas ketika kejadian.

“Tengok aku jumpa tadi budak menangis dalam kereta berpeluh sampai pucat.

“Enjin dimatikan lepas itu tingkap depan saja buka sikit, kenapa la tinggalkan anak dalam kereta tengah panas macam ini.

“Hampir 40 minit aku dekat situ ibu bapa dia tak datang pun jadi aku minta pertolongan ramai.

“Perkembangan terkini budak itu selamat, semua orang pecahkan tingkap dan bawa kanak-kanak itu ke klinik untuk menerima rawatan,” kata kapsyen video berkenaan.

Warganet yang menonton video berkenaan turut meluahkan rasa kesal dan marah dengan tindakan ibu bapa kanak-kanak itu yang cuai.

“Kita faham kalau mak ayah ada urusan yang tak boleh bawak budak, tapi ni bukan caranya.¬† Nak tinggal kejap boleh terima lagi, tapi ni sampai lebih 40 minit memang tak masuk akal,” kata Nuridayu Isahak.

“Ni kes cuai ni. Mana boleh tinggal macam tu je anak dalam kereta. Apa yang mustahak sangat sampai kena risikokan nyawa anak tu?,” kata Ben Ti.

“Nasib baik orang yang lalu lalang prihatin. Kalau orang buat tak tahu je, malas nak masuk campur memang ke alam lain dah budak tu,” kata Dol Hashim. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button