Berita

Bukan amaran tsunami, siren alami masalah teknikal

MetMalaysia juga meminta maaf atas kekeliruan yang berlaku.

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami buat masa ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata pihaknya mendapat maklumat berkenaan laporan Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang terletak di kawasan Masjid Imam Hj Mustapah, Kota Belud, Sabah berbunyi pada awal pagi ini.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai berpunca dari masalah teknikal dan tindakan sewajar sedang diambil.

“MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami boleh didapati melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta Hotline di talian 1-300-22-1638. — Xklusif

Artikel Berkaitan

Back to top button