Bukan hanya kanak-kanak, ini 4 lagi golongan berisiko diserang strok haba

KUALA LUMPUR 28 April – Terbaharu, negara dikejutkan dengan pemergian dua kanak-kanak di Kelantan disebabkan strok haba sehingga mengakibatkan organ dalaman kering dan hangus.
Ini adalah satu pengajaran yang mahal kepada semua pihak supaya tidak mengambil mudah jika anak anda mengadu sakit kepala selepas bermain di luar rumah atau tempat terbuka.
Tanda-tanda seperti muka si anak merah-merah, tangan kesejukan, rasa pening nak muntah munkin petanda awal anak anda mengalami strok haba yang sangat bahaya kepada nyawa.
Orang ramai perlu tahu bahawa punca strok haba yang sebenar adalah peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 104°F (40 °C) atau lebih tinggi lagi. Kondisi inilah yang dikenali sebagai hipertermia.
Namun, sebenarnya bukan kanak-kanak saja yang berisiko diserang strok haba. Terdapat beberapa golongan yang juga boleh terkena serangan sama tanpa kita sedari.
Berikut adalah golongan yang berisiko terkena strok haba:
1. Kanak-kanak
Kanak-kanak kebiasannya mempunyai tahap imunisasi badan yang rendah berbanding orang dewasa. Mereka adalah golongan yang mudah untuk terkena sebarang jangkitan dan juga seraangan strok haba.
Bagaimanapun, sebagai ibu bapa dan penjaga, anda mampu mengelak daripada berlaku serangan strok haba dengan memastikan rumah anda mempunyai aliran udara yang baik bagi mengelakkan anak tersedut karbon dioksida terlalu banyak.
Sekiranya menggunakan penyaman udara di rumah, anda juga boleh melaraskan suhu penyaman udara kepada 24°C kerana ia sudah mampu mengoptimumkan suhu badan kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas
Ibu bapa juga boleh elakkan dari membiarkan anak anda tidur dengan berselimut dan sekiranya anak anda mengadu kepanasan, segera bantu anak untuk turunkan suhu dengan mengelap muka dan badan mereka dengan kain lap yang basah.
2. Orang tua terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan
Warga emas yang sedang mengambil ubat-ubatan juga mempunyai risiko tinggi dalam terkena serangan strok haba yang boleh mengancam nyawa.
Ini kerana tahap imunasasi mereka berada pada tahap yang rendah, lebih-lebih lagi apabila menghidap penyakit kronik.
3. Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari
Seperti yang kita tahu, atlet yang berada di gelanggang terbuka banyak terdedah kepada cahaya matahari selain menggunakan tenaga yang banyak dalam regim latihan mereka.
Sekiranya mereka tidak mendapat bekalan air masak yang secukupnya, mereka berisiko terkena serangan strok haba.
4. Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari. Contohnya petani, nelayan atau buruh kasar
Apabila bekerja di bawah cahaya matahari, keadaan badan akan lebih cenderung untuk mengeluarkan peluh dan berisiko terkena serangan strok haba.
Sama juga golongan ini perlu mendapatkan bekalan air masak secukupnya untuk memastikan tubuh mereka terhidrasi dan boleh meneruskan kerja dengan lancar.
5. Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama
Bahang daripada sistem pengudaraan yang lemah boleh mendatangkan ketidakselesaan. Ini kerana mereka tidak mendapat sumber udara yang segar ditambah pula dalam suasana yang panas.
Tanpa di sedari, mereka yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara boleh berisiko mendapat strok haba yang mengancam nyawa.
Terdapat banyak kes kematian membabitkan kanak-kanak yang terkunci di dalam kereta yang dimatikan enjin dan kebanyakkan mereka terkena serangan strok haba yang melampau. — Xklusif