Berita

Calon SPM ditangkap merokok dalam tandas telah dibuang sekolah

Pelajar itu bagaimanapun dibenarkan untuk mengambil SPM.

KUALA LUMPR 31 Jan. – Pelajar yang tertangkap merokok di tandas di sebuah sekolah di sini pada Isnin, merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang mengambil peperiksaan.

Bagaimanapun, pelajar tersebut telah dibuang sekolah sebelum ini namun dibenarkan untuk mengambil SPM.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin mengesahkan bahawa pelajar tersebut merokok di dalam tandas yang mana ia tidak dibenarkan berlaku di kawasan sekolah.

“Calon telah dibenar ambil peperiksaan. Pelajar tidak dihalang mengambil SPM walaupun telah dibuang sekolah.

“Memang betul murid merokok di tandas sekolah dan perbuatan itu tidak dibenarkan di kawasan sekolah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya calon SPM harus akur kepada peraturan sedia ada di sekolah apatah lagi pelajar tersebut masih calon sekolah.

“Calon juga hendaklah sentiasa menunjukkan tingkah laku yang baik supaya tidak mengganggu ketenteraman di dewan peperiksaan.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sentiasa komited memastikan peperiksaan awam berjalan lancar dan calon-calon SPM yang menduduki di pusat peperiksaan berada dalam keadaan tenteram dan selesa ketika menjawab soalan peperiksaan,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan polis kerana mengugut guru susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah pada Isnin lalu.

Penahanan lelaki berusia 49 tahun itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah pada Selasa.

Turut tular di media video berdurasi satu minit 16 saat yang memaparkan insiden antara guru dan pelajar bertengkar dalam sebuah bangunan sekolah. — Sinar Harian

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button