Ekonomi

CBP terima penarafan A3 daripada RAM Ratings

CO-OPBANK Pertama (CBP) melakar satu lagi sejarah tersendiri apabila menerima penarafan A3/Stable/P2 daripada RAM Ratings, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, penarafan yang diterima daripada RAM Ratings ini secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi jenama CBP dalam industri kewangan Malaysia.

”Pengiktirafan ini menjadi satu lonjakan kepada CBP untuk mengukuhkan lagi jenama CBP di dalam Malaysia dan secara tidak langsung dapat bersaing secara sihat dengan institusi kewangan yang lain.

”Selain itu juga, penarafan ini juga dilihat dapat membina keyakinan orang ramai dan juga pelabur terhadap CBP,”katanya menerusi satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar

Dalam masa yang sama juga, Khairil Anuar turut berkata, dengan penarafan ini, ianya secara tidak langsung dapat menarik dan menyakinkan pelabur dan CBP juga di dalam perancagan untuk menerbitkan sukuk bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan CBP.

Tambahnya lagi, CBP telah menunjukkan prestasi perniagaan yang memberangsangkan tiga tahun kebelakangan ini dari segi keuntungan dan jumlah aset keseluruhan.

Khairil turut berkata, dengan adanya produk dan perkhidmatan perbankan yang pelbagai di CBP disamping pengenalan beberapa produk dan perkhidmatan baharu, CBP yakin dapat menarik lebih ramai pelanggan-pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia.

”Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, CBP telah mencatatkan jumlah keuntungan RM120.56 juta yang pertama kali direkodkan sejak penubuhannya dengan jumlah aset sebanyak RM10.87 billion.

”Dengan barisan pengurusan yang baik dan sokongan daripada Anggota Lembaga, Pengawalselia, anggota dan pelanggan CBP, saya yakin CBP akan terus bergerak maju dan menjadi pesaing kepada institusi-institusi kewangan lain di negara ini.

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button