Berita

Covid-19: Malaysia catat 5 juta kes, 37,246 kematian

Ia bagi tempoh 20 Januari 2020 hingga 16 Disember lalu

PUTRAJAYA 18 Dis –  Sebanyak 5,141,797 kes jangkitan tempatan Covid-19 dengan 37,246 kematian direkodkan bagi tempoh 20 Januari 2020 hingga 16 Disember lalu.

Menurut data dari laman sesawang KKMNOW, bagi tempoh sama juga sebanyak 5,115,191 pesakit telah pulih daripada Covid-19.

Dalam pada itu, sejak 10 hingga 16 Disember pula sebanyak sebanyak 28,375 kes aktif direkodkan, manakala kes import merekodkan sejumlah 39,015 kes.

Bilangan pesakit yang menjalani kuarantin di rumah melibatkan 27,689 pesakit.

Manakala pesakit yang memerlukan rawatan di hospital ialah sebanyak 664 orang di mana lapan individu ditempatkan di unit rawatan rapi manakala pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan (14). – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button