Berita

Isnin depan cuti kalau PH-BN menang di Selangor

Setakat ini cuti peristiwa itu hanya tertakluk untuk penduduk Selangor

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Isnin depan diisytiharkan sebagai cuti peristiwa buat seluruh rakyat negeri ini sekiranya Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pilihan raya esok adalah tarikh penting dalam sejarah negeri.

Katanya, rakyat bakal menentukan masa hadapan negeri Selangor untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Saya ingin mengumumkan bahawa sekiranya Gabungan Perpaduan yang terdiri daripada PH dan BN berjaya memenangi PRN Selangor pada 12 Ogos ini dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita bersetuju untuk isytiharkan cuti peristiwa buat seluruh rakyat Negeri Selangor pada Isnin depan,” katanya ketika menyampaikan amanat khas Menteri Besar Selangor sebentar tadi. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button