Sukan

Dah menang bersyukurlah – TMJ

TMJ menganggap semua pihak khususnya penyokong patut bersyukur Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan penting dalam perlawanan itu

KUALA LUMPUR 19 Nov – Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas penyokong yang mempersoal persembahan beberapa pemain Harimau Malaya ketika aksi berdepan Kyrgyzstan, Khamis lalu.

Segelintir penyokong mengkritik dan membuat perbandingan persembahan beberapa pemain Harimau Malaya ketika aksi sulung Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menganggap semua pihak khususnya penyokong patut bersyukur Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan penting dalam perlawanan itu.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, penyokong juga tidak seharusnya menjatuhkan semangat pemain yang sudah memberikan segala-galanya untuk membantu pasukan negara.

“Sudah menang syukur sahajalah. Lagi nak bising-bising menuding jari sini sana menjatuhkan semangat pemain negara sendiri. Semua pemain sudah beri segalanya, result (keputusan) pun Alhamdulillah.

“Awak nak jadi coach (jurulatih) ini kerja dalam industri bola sepak ke? Ada menang apa-apa ke? Support (sokong) saja pasukan kebangsaan dan diam lebih baik,” kata Tunku Ismail.

Beliau berkata demikian menerusi satu komen yang dibuat di laman Instagram ekorharimaumalaya semalam.

Khamis lalu, Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan luarbiaapabila bangkit daripada ketinggalan 3-1 untuk menewaskan Kyrgyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia dengan keputusan 4-3.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon menghuni tangga kedua Kumpulan D, berkongsi tiga mata bersama pendahulu, Oman yang menewaskan Taiwan 3-0.

Harimau Malaya akan berdepan pasukan ranking ke-152 dunia, Taiwan di Stadium Municipal, Taipei Selasa ini dalam usaha meraih kemenangan kedua. – Xklusif

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button