Berita

‘Dah setahun tunggu’, Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Parlimen

Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu

ISKANDAR PUTERI 11 Jan – Pembangkang dicabar untuk membawa usul tidak percaya di Parlimen jika mahu menumbangkan kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Kerajaan Perpaduan sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

“Dah lama kita tunggu (usul tidak percaya), dah setahun. Hari-hari kita tunggu tetapi tak ada, jadi kita tak ada fikir apa-apa.

“Saya tidak fikir mereka ada kekuatan untuk bawa ini (Akuan Bersumpah bagi menumbangkan kerajaan) selain propaganda untuk menipu penyokong supaya tak hilang semangat.

“Saya berbeza pendapat, kalau tak boleh bawa perubahan, patutnya bekerjalah untuk rakyat. Rakyat akan buat pilihan akhirnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan

Back to top button