Politik

Dakwaan MP kerajaan sokong PN hanya spekulasi

Perkara itu ditegaskan Fahmi Fadzil.

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Dakwaan pihak tertentu kononnya lebih ramai Ahli Parlimen dari kerajaan Ahli Parlimen dari kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) hanyalah spekulasi semata-mata, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau yang merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan meminta supaya ahli politik parti pembangkang berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.

Beliau berkata kenyataan terbaru oleh seorang ahli politik pembangkang bahawa 10 Ahli Parlimen blok kerajaan bakal beralih sokongan terhadap PN untuk membentuk kerajaan baharu, bukanlah perkara yang menghairankan.

“Kalau kita lihat dari awal sampai sekarang, tiap-tiap bulan ada cerita baharu dan bagi saya ini adalah perkara yang sentiasa akan disebut-sebut, mungkin daripada pihak pembangkang, kerana ada dalam kalangan mereka yang menyebut perkara itu adalah daripada parti berkenaan, dan mereka sekarang dalam keadaan panik,” katanya seperti dilapor Malaysia Kini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menghadiri Program World #QuranConvention 2023 di Sepang hari ini.— Malaysia Kini

Ikuti Xklusif di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

Artikel Berkaitan

Back to top button